Wednesday, October 1, 2014

A fresh start


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Rasanya dah bertahun-tahun saya bercuti dari dunia blogging ni. Teringat pertama kali menulis entri untuk blog semasa berusia 16 tahun. Kandungan blog pun saya dah tak ingat.



Sekarang, tanpa sedar umur saya sudah pun mencecah 23 tahun. Alhamdulillah sudah pun memiliki segulung ijazah. Haha! Gambar di atas di ambil semasa semester pertama saya di pengajian ijazah. Perangai pun macam budak-budak.


Ramai yang tanya, kenapa delete blog yang lama. Jawapan : I tak delete lah! I delete content aje~


Lain maknanya delete blog dengan delete content tau~ Hihi..


A Fresh Start
Segalanya bakal bermula semula. Rasa macam nak buat satu episod baru dalam hidup saya ni. Dah tak nak jadi budak-budak lagi dah. Rasa nak belajar menjadi orang dewasa.
(walaupun dah dewasa sebenarnya tapi malas nak mengaku..Perasan muda~)


Tapi saya sedar, bukan mudah nak jadi dewasa yang sebenar. Banyak lagi yang saya perlu belajar. Banyak juga yang saya kena kikis dan perbaiki. Tapi tak apa kot. Perlahan-lahan belajar memperbaiki diri lagi baik daripada berubah secara drastik kan?

Jadi...

Selamat datang ke episod baru hidup saya
Gambar ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada. OkBai.

No comments:

Post a Comment