Taylor Swift sings...
"The drought was the very worst"
Yes, I love Taylor's song so much so I sing a lot of her song. But at the mean time...
...kami dilanda banjir lagi. Hujan yang mencurah-curah telah menenggelamkan rumah dan harta benda. Nasib saya baik sebab kampus yang saya duduki tidak dilanda banjir. Tapi kebanyakan tempat sudah ditenggelami air.
Tempat asal saya, Kuala Lipis yang setakat saya hidup (walaupun tidaklah lama mana saya telah hidup) di atas muka bumi ni, inilah kali pertama saya dengar berita bandar Kuala Lipis dilanda banjir.
Kini, mentari mula bersinar kembali. Hujan juga sudah berhenti. Jadi kami hanya perlu menanti air pergi.
"Let the flood carry away all my pictures of you" - Taylor Swift
Walaubagaimanapun, banjir masih belum pulih sepenuhnya. Banyak lagi bandar yang masih belum pulih bahkan bertambah teruk.
Kuala Lipis juga khabarnya masih belum pulih. Bekalan air juga telah terputus selama beberapa hari. Entah bagaimana keadaan insan-insan tersayang yang sedang berada di sana ketika ini.
Kita hanya mampu berdoa agar segalanya selamat.
Lokasi: Sepanjang perjalan bandar Pekan-UMP Kuala Pahang
Waktu: selepas pulang dari kedai dua ringgit